Wednesday, December 29, 2010

Ringkas Untuk Emak

Ini merupakan helaian pertama yang saya sulamkan untuk emak tersayang. Emak saya seorang yang ringkas dan sukakan sesuatu yang ringkas juga. Jadi saya memilih untuk menggunakan manik mewarna cerah dan seakan-akan warna tanah. Ketebalan sulaman pula adalah sebanyak 1 inchi untuk menonjolkan corak manik tabur.


Untuk pergelangan tangan juga amat ringkas. Manik-manik sebesar 1cm bewarna menarik juga digunakan untuk menyerlahkan lagi rekaan namun tetap mengutamakan keringkasan.

PESONA


Mangambil masa selama 2 hari untuk menyiapkan sulaman pada busana ini. Menggunakan warna senada iaitu merah, coklat dan krim memberikan gaya ringkas dan sederhana. Amat sesuai digayakan ke pejabat ataupun sebagai busana harian anda.

ASSALAMUALAIKUM

Assalamualaikum kepada para pembaca.

Blog ini direka khas untuk berkongsi minat seni sulaman manik bersama para pembaca serta mengumpul sedikit komen dan kritikan dari anda semua yang ikhlas untuk membina dan menyokong minat saya ini. Di harap dengan komen dan kritikan dari semua dapat meningkatkan lagi daya kreativiti dan memajukan hasil kerja saya.

Buat semua yang sudi singgah di blog saya, ribuan terima kasih di ucapkan. Ia merupakan satu penghargaan yang tidak ternilai.

Terima kasih
-ninie-